Sumber, MailOnline melaporkan, pemandu itu turut mengutuk perbuatan sumbang pasangan itu, dan menegaskan bahawa dia tidak mahu melihat perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam bas bernombor 89, yang dipandunya.
Dia turut menggelar pasangan itu sebagai bukan lelaki sejati kerana melakukan perbuatan itu.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 8 Oktober lalu.
Lelaki yang dihalau keluar, Jack James, 23, berkata, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ketika dia dan temannya diarah turun dari bas itu oleh pemandunya.
“Kami sempat bertanya kepada pemandu itu dan dia berkata kami melakukan perbuatan tidak senonoh.
“Kami menggeletar ketika turun dari bas. Pemandu bas itu juga menjerit kepada kami dan berkata kami bukan lelaki sejati,” katanya.
James juga sedang menimbangkan untuk melaporkan hal tersebut kepada polis, manakala Pengarah Operasi Bas TfL, Ken Davidson berkata, pihaknya sedang menyiasat tentang kejadian tersebut.