Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Pemandu bas didakwa bunuh rakan serumah


24 Oktober 2014


SEREMBAN - Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan serumahnya yang merupakan warga Indonesia pada 8 Oktober lepas.

Tertuduh Khairuddin Basri, 35, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Aslamiah Jamil.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Khairuddin dituduh membunuh Jojor Delismawati Pardede, di sebuah rumah di Flat Taman Semarak, Nilai di sini antara 5.20 pagi dan 1.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. 

Mahkamah menetapkan 22 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

No comments:

Post a Comment