Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Pekerja Resort Dihukum Gantung Bunuh Majikan Hamil


Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 12:18 PM

IPOH: Seorang bekas pekerja am di sebuah resort percutian di Pulau Pangkor dijatuhi hukuman mati kerana membunuh majikannya enam tahun lalu.

Hamzah Osman, 24, didapati bersalah membunuh pembantu pengurus Norazuda Iden di bilik No 202, Suria Beach Resort di Teluk Nipah sekitar pukul 1 pagi pada 18 Ogos 2008.

Mangsa yang berusia 31 tahun, yang juga isteri pemilik resort, sedang hamil lima bulan pada masa itu.

Dalam mejatuhkan hukuman mati pada Jumaat, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Adzam Abd Ghani berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

No comments:

Post a Comment