Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Patah tulang

Sepang: Saingan Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam dikejutkan dengan insiden kemalangan teruk dan jentera terbakar membabitkan pelumba Monster Yamaha Tech 3 Pol Espargaro pada sesi ujian bebas ketiga kelas MotoGP.
Espargaro terjatuh di selekoh pertama sehingga menyebabkannya patah tulang metatarsal di kaki kirinya sekali gus tidak dapat beraksi pada sesi kelayakan.
Pasukannya mengesahkan terdapat serpihan kaca kecil yang menyebabkan kebocoran minyak sehingga membawa kepada insiden itu.
Espargaro yang tidak menyedari situasi itu, meneruskan saingan sebelum asap keluar daripada motosikalnya akibat daripada kebocoran minyak dan terbakar.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah hendak membrek di selekoh pertama, barulah sedar berlaku kebocoran minyak.
“Situasi saya kini agak sukar tetapi tetap akan cuba untuk turun berlumba esok (hari ini).
“Untuk menukar gear memang agak sukar kerana saya pasti berasa sakit. Apapun, saya perlu lihat situasi kecederaan ini pada esok (hari ini),” katanya.
Pelumba berusia 23 tahun itu belum pasti dapat berlumba pada hari ini kerana perlu mendapatkan pandangan doktor terlebih dulu.
Tiga tahun lalu, SIC meragut nyawa pelumba Itali, Marco Simoncelli yang bergesel dengan jentera pelumba lain sebelum dirempuh dari jarak dekat.
Topi keledar Simoncelli tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan terpaksa dibatalkan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:07 AM


ESPARGARO terjatuh di selekoh pertama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4173#sthash.6sL4jX77.dpuf

No comments:

Post a Comment