![]() |
SOMCHAI dan isterinya ketika dibawa polis untuk ditunjukkan kepada media, semalam. |
Pemandu teksi, Somchai Kaewbangyang dan isterinya Pornchanok Chaiyapa, masing-masing berusia 47 tahun, didakwa membunuh Yoshinori Shimato dan memotong mayatnya sebelum membuang anggota badan mangsa di dalam terusan Khlong Nang Thim.
Pornchanok turut didakwa atas tuduhan berasingan mencuri 700,000 baht (RM71,000) yang diambil daripada akaun si mati menggunakan kad mesin juruwang automatik.
Pasangan itu dibawa ke balai polis petang kelmarin untuk disoal siasat dan mengakui perbuatan mereka tanpa paksaan.
Timbalan Ketua Polis Thailand, Leftenan Jeneral Ruangsak Jarit-ek berkata, Pornchanok dan Somchai ditahan sehingga perbicaraan selesai.
Sementara itu, Somchai mengakui dalam sidang media bahawa dia menyembunyikan mayat mangsa.
Pasangan itu sebelumnya mendakwa mangsa mati akibat terkejut. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:06 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3769#sthash.t4gxfMt1.dpuf
No comments:
Post a Comment