Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Padah ganas tak diendah


Indiana: Pihak polis mendedahkan seorang lelaki yang disyaki pembunuh bersiri sebenarnya menunjukkan tanda-tanda keganasan sejak beberapa tahun lalu, namun tidak dipandang serius.
Ketua polis Gary Larry McKinley berkata, Darren Vann yang dipercayai membunuh tujuh wanita pernah mencekik seorang wanita pada 2004 sebelum menuang petrol dan mengugut membakarnya. Dia dipenjara setahun atas kesalahan itu.
Pada 2009, Vann bersalah di Texas atas tuduhan merogol seorang wanita. Mangsa yang pergi ke apartmen Vann di Austin dipukul selain diugut dibunuh.
Vann, 43, dipenjara dan kembali ke Indiana selepas dibebaskan tahun lalu.
Bagi kedua-dua kes, Vann mendapat hukuman ringan selepas membuat perjanjian dengan pendakwa raya, malah pihak berkuasa Texas menganggapnya berisiko rendah melakukan keganasan.
Vann kini berdepan tuduhan mencekik sehingga mati seorang wanita di Hammond, Indiana. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3522#sthash.E3ZFqCag.dpuf

No comments:

Post a Comment