Search This Blog

Wednesday, October 22, 2014

Oscar Pistorius dipenjara lima tahun

PRETORIA: Bintang trek Olimpik, Oscar Pistorius dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.
Hakim Thokozile Masipa memutuskan hukuman itu hari ini selepas meneliti alasan pendakwa bagi hukuman lebih berat dan permohonan pembela bagi hukuman lebih ringan terhadap olahragawan paralimpik itu.
Pistorius dituduh membunuh Steenkamp pada 'Hari Valentine' tahun lalu, dengan menembaknya menerusi pintu tandas tertutup di rumahnya.
Dalam keterangannya kepada mahkamah, Pistorius berkata, kejadian itu adalah satu kemalangan selepas tersalah anggap teman wanitanya sebagai penceroboh pada waktu malam.
Masipa mendapatinya bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat, atau pembunuhan kerana kecuaian, tetapi melepaskannya daripada tuduhan membunuh. - AP

No comments:

Post a Comment