Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Murid koma terjatuh bangunan sekolah



KESAN darah Dylause di siar kaki tempat dia terjatuh di SK Ansip, Keningau, Sabah semalam. Gambar kecil ialah Dylause.


KENINGAU – Tindakan seorang murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip dekat sini memanjat siling di tingkat atas sekolah berkenaan membawa padah apabila dia ditemui koma selepas dipercayai terjatuh ke siar kaki tingkat bawah bangunan berkenaan pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 9.55 pagi itu, mangsa, Dylause Dionel, 12, dijumpai dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.
Tinggi siling berkenaan dengan tempat mangsa ditemui kira-kira 12 meter.
Difahamkan, kejadian bermula apabila mangsa yang belajar di kelas Enam Intelek meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk keluar ke tandas sebelum dijumpai tidak sedarkan diri di siar kaki berkenaan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3F2HLgpLN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment