Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Menantu, mentua bergasak dek 50 sen


Harare: Gara-gara berdegil enggan mengeluarkan wang 50 sen sebagai bayaran upah fotostat, seorang lelaki dan menantunya bergasak di mahkamah, semalam.
Seorang anggota tentera, Josphat Gweme, diarah hakim membuat bayaran bulanan AS$40 (RM130) kepada bapa mentuanya, Clever Nyanzira, sebagai nafkah membesarkan anak perempuannya yang berusia 14 tahun.
Pada awalnya Nyanzira menuntut dia dibayar AS$215 (RM700 ) sebulan tetapi ditolak hakim Sheunesu Matova atas alasan ia di luar kemampuan Gweme.
Keputusan itu dibuat selepas Gweme menunjukkan bukti dia mempunyai tujuh anak lain hasil perkahwinan dengan tujuh wanita berlainan.
Menurut saksi, selepas perbicaraan, Gweme dan Nyanzira pergi ke pejabat mahkamah untuk menghantar sijil kelahiran remaja berusia 14 tahun itu untuk dikemas kini.
Katanya, selepas sijil itu difotostat, kerani pejabat meminta Gweme membayar kos salinan 50 sen tetapi dia mendesak Nyanzira menanggung separuh daripadanya.
“Namun, tindakan Nyanzira yang enggan mengeluarkan wang menyebabkan mereka bergaduh sebelum keadaan menjadi tidak terkawal apabila mereka saling pukul-memukul,” katanya.
Perbalahan itu hanya dileraikan dengan bantuan polis. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3539#sthash.6TYl8cdN.dpuf

No comments:

Post a Comment