Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke HPSF.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke HPSF.
LABOHAN DAGANG - Mayat seorang lelaki yang dipercayai tergelincir jatuh ke dalam sungai sebelum tenggelam di Labohan Dagang, kelmarin ditemui dalam jarak satu kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon berkata, mangsa yang berusia 52 tahun itu, dari Kampung Labohan Dagang ditemui kira-kira jam 2.10 petang semalam, oleh sepasukan bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menurutnya, mayat lelaki yang hanya berseluar panjang itu dijumpai terdampar di tepi sungai dan masih dalam keadaan sempurna.

"Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipercayai anak tempatan dilaporkan hilang dipercayai mati lemas selepas dilihat terjun ke sungai dari sebuah jambatan.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, perbuatan lelaki itu disaksikan seorang penduduk yang turut berada berhampiran lokasi sebelum melihat mangsa terkapai-kapai dibawa arus.