Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Mayat terapung di Sungai Kelantan


Oleh Muhammad Razis Ismail
Kota Bharu: Mayat lelaki berusia 46 tahun ditemui terapung di tebing Sungai Kelantan di berhampiran Kampung Gajah Mati, di sini, 8.55 pagi ini.

Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui oleh pemancing udang.


Ketua Polis Daerah Asisten, Komisioner Rohaimi Mat Isa berkata, lelaki berkenaan dipercayai terjatuh ketika memancing di kawasan berhampiran sejak semalam.

"Kami difahamkan oleh ahli keluarga mangsa, dia tidak pulang sejak keluar memancing sejak petang semalam. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian sedang disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment