Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di Georgetown

SABTU, 25 OKTOBER 2014 @ 6:18 PM

 
GEORGETOWN : Misteri bau busuk yang dihidu penduduk Bukit Jambul Court, di sini sejak beberapa hari lalu terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam satu unit pangsapuri itu, hari ini.

Mayat Wong Boon Chuang, 53, dijumpai dalam keadaan kembung dan berulat, dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, pihaknya terpaksa memecah masuk pintu rumah mangsa yang berkunci dari dalam.

"Menurut jirannya sudah lebih seminggu lelaki itu tidak dilihat keluar dari rumah dan dia tinggal bersendirian di tingkat sembilan unit pangsapuri itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Sementara itu satu lagi mayat lelaki ditemui di sebuah pangsapuri di Halaman Damai Lintang Kampung Rawa I di sini.

Mayat Yeoh Eng Beng, 68, ditemui anak perempuannya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah yang terletak di tingkat 12 itu pukul 10.55 pagi tadi.

Mior Faridalathrash berkata siasatan awal lelaki itu dipercayai telah mati kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuhnya.

"Kali terakhir lelaki itu dihubungi pada Isnin lepas dan dia tinggal seorang diri di rumah itu kerana isterinya ke luar negara," katanya.

Katanya pintu rumah terbabit juga berkunci dari dalam dan tiada kesan geledah atau kehilangan barang berharga dilaporkan keluarga mangsa.

Polis katanya tidak mengesyaki unsur perlakuan jenayah menyebabkan kematian kedua-dua lelaki itu dan mayat mereka juga sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment