Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Mayat belakang masjid


Makkah: Mayat seorang jemaah yang menunaikan haji empat tahun lalu ditemui di belakang sebuah masjid di Muzdalifah, kelmarin.
Sumber keselamatan memberitahu akhbar, seorang pekerja menemui mayat berkenaan dan memaklumkannya kepada peronda keselamatan yang datang di tempat itu bersama-sama pasukan forensik dan penyiasat.
Menurutnya, mayat itu sudah reput dan hanya boleh dikenal pasti sebagai jemaah haji empat tahun lalu berdasarkan gelang yang ditemui pada rangkanya.
Gelang itu juga mencatatkan nama agensi haji, tempat jemaah itu didaftarkan.
Mayat berkenaan kemudian dibawa ke rumah mayat untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, pemerintah pasukan bantuan polis Al-Aziziyah, Kolonel Fareeh Al-Hamzi berkata, kadar jenayah di tanah suci sepanjang musim haji baru-baru ini menurun mendadak berbanding tahun lalu.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1606#sthash.3eG6qOek.dpuf

No comments:

Post a Comment