Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Maut terbabas ke longkang


Johor Bahru: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa, Thor Yong Siang, 25, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku selepas kereta Nissan Sylphy yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan.

Insiden itu menyebabkan mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota bomba tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Azwan Shamsuri bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 2.50 petang.

“Kami tiba hampir 20 minit kemudian dan mendapati kereta terbabit berada dalam longkang dengan keadaan terbalik serta seorang mangsa tersepit di dalamnya.

“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas sendiri akibat jalan dipercayai licin kerana hujan lebat ketika itu,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa, tetapi disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang dipanggil ke lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:12 AM


KEADAAN kereta yang dipandu mangsa terbalik di Lebuhraya Pasir Gudang-Johor Bahru.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2620#sthash.zigoLCYX.dpuf

No comments:

Post a Comment