Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Maut kerana masalah tayar


Alor Gajah: Penunggang motosikal, Mohamad Amiruddin Kamaruzaman, 21, terbunuh selepas motosikalnya ditunggang terbabas di Kilometer 210.8, Lebuhraya PLUS arah utara di Alor Gajah, 7.45 pagi ini.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


"Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam menunggang bersendirian dari arah Jasin ke Nilai, apabila dikatakan hilang kawalan dipercayai akibat masalah pada tayar motosikal sebelum terbabas lalu merempuh penghadang sebelah kiri.

"Akibat kejadian itu mangsa terbaring di tempat kejadian. Anggota Peronda PLUS menemui mangsa tetali didapati sudah meninggal dunia," kata sumber.


Menurutnya, polis yang tiba kemudian membawa mayat mangsa ke Hospital Alor Gajah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


-tamat-

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment