Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Maut dibunuh rakan senegara


18 Oktober 2014


KUANTAN - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah rumah kongsi dekat KPTM 5 Jalan Kuantan-Gambang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pekerja buruh binaan itu yang dikenali sebagai Sairah, 39, didatangi sekumpulan lelaki juga dipercayai warganegara Indonesia dengan menaiki empat kenderaan pada pukul 8 malam.

"Dalam pergaduhan itu dipercayai mangsa diserang dengan tukul di lehernya mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri. Melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak itu kesemua suspek melarikan diri," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan mati 20 minit kemudian.

Kata Abdul Aziz, pada masa yang sama rakan mangsa kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.- Bernama

No comments:

Post a Comment