Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Maut angkara lori rentangi jalan


KEADAAN api marak yang memusnahkan tiga buah motosikal dan meragut nyawa Hazalli.


KUALA LUMPUR – Angkara sebuah lori merentang jalan, dua penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan 12 buah kenderaan di Kilometer 26.4 Lebuh Raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, Hazalli Khalid, 33, seorang jurutera syarikat telekomunikasi Instacom mati rentung apabila motosikal yang ditungganginya dan tiga buah motosikal rakannya terbakar.
Dua rakan Hazalli yang belum dikenal pasti identiti cedera parah. Seorang lagi rakan Hazalli dikatakan cedera ringan.
Seorang penunggang motosikal lain iaitu Md. Nizam Hanafiah, 47, turut maut apabila terperosok di bawah kereta Honda City yang cuba mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Gf5Ns6iL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment