Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Mati dalam rumah kosong



Anggota polis memeriksa rumah kosong tempat seorang jurugambar ditemui mati di Puchong semalam.


PUCHONG – Seorang jurugambar ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di halaman sebuah rumah kosong di Jalan DU4/9, Taman Damai Utama dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mayat Ng Kok Wah, 39, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan kawasan perumahan tersebut semasa membuat rondaan sebelum menghubungi pihak polis.
Menurut sumber polis, jurugambar perkahwinan itu dijumpai di sebuah rumah kosong bersebelahan dengan rumah sewanya selain terdapat beberapa tin minuman keras tidak jauh dari mayat mangsa.
“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah selain menolak kemungkinan mangsa jatuh dari tingkat dua rumah teres berkenaan.
“Kami mendapati lelaki itu mati akibat terlebih dos alkohol selain pengambilan pil berlebihan kerana dipercayai mengalami tekanan perasaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3H0cnZzn3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment