Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

‘Mama keluar darah’


Ranau: “Mama keluar darah,” itulah jeritan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sebaik melihat kelibat ayahnya baru pulang dari tempat kerja selepas ibunya seorang guru maut dipercayai dirompak sebelum dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di kuarters pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, dekat sini, semalam.
Mangsa, Masinah Samadi, 50, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, dekat sini, ditemui terbaring oleh suaminya jam 9.30 pagi dalam keadaan separuh bogel dengan kesan tikaman di tubuh dan kepala mangsa. 
Menurut sumber, sebelum kejadian, suami mangsa dikatakan baru pulang bekerja syif malam dan mengetuk pintu beberapa kali sebaik tiba di depan rumah. 

“Suami mangsa memanggil isterinya dan mengetuk pintu rumah beberapa kali tetapi tiada reaksi.
Foto
PENDUDUK menjengah kuarters pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Kundasang, Ranau yang berlaku pembunuhan.

“Tidak lama selepas itu, anak mangsa berusia lima tahun menyahut panggilan ayahnya.

“Terkejut selepas suara anak perempuannya cemas, suami membuka pintu melalui tingkap,” katanya di sini, semalam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment