Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Lubang ragut 3 nyawa


Machang: “Melalui cermin sisi saya nampak kereta dipandunya tiba-tiba melencong ke kanan jalan sebelum terdengar dentuman kuat,” kata M Shamir Che Manan, 20, rakan Nor Syafiq Nor Azim, 19, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 4.5, Jalan Machang-Pasir Puteh di Kampung Sungai Mas, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, penuntut semester dua jurusan pengurusan maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan kereta dinaiki Lans Koperal Sairul Shaiful, 26, bersama Koperal Abd Rahim Hat, 33, yang bertugas di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu. 
Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala serta badan. Mayat mereka dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat. 

M Shamir berkata, sebaik melihat kereta Proton Wira dipandu Nor Syafiq hilang daripada pandangan, dia berpatah balik bersama seorang lagi rakan, Wan Aimullah Wan Mohd Yusri, 19, yang ketika itu menunggang motosikal di belakang mangsa.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa kemalangan, semalam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mereka berdua berusaha mencari mangsa dalam gaung sedalam satu meter, namun gagal kerana persekitaran terlalu gelap.

“Kami meminta bantuan rakan lain dan penduduk kampung sebelum menemui Nor Syafiq tersepit dalam kereta dengan berlumuran darah. 

“Saya dan rakan cuba mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, namun Nor Syafiq sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Machang (HM), di sini, semalam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

No comments:

Post a Comment