Keadaan lori yang terjunam ke bawah bukit di Sungai Pas, semalam.
Keadaan lori yang terjunam ke bawah bukit di Sungai Pas, semalam.
KUALA KRAI - Sebuah lori membawa muatan pasir terjunam ke bawah bukit di Sungai Pas, tengah hari semalam.

Sumber Sinar Harian memaklumkan pemandu lori terbabit selamat setelah berjaya terjun dari lori berkenaan.

Katanya lagi, lori tersebut difahamkan menghadapi masalah pada brek sebelum kejadian.

Sinar Harian difahamkan sebelum ini beberapa kemalangan berlaku di tempat yang sama.