Sebuah JCB terpaksa digunakan untuk mengangkat lori yang terjatuh selepas merempuh pagar rumah penduduk, semalam. |
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Tampin, Peter Yoong Mok berkata, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 1 petang.
Bagaimanapun menurut Yoong Mok, pemandu lori serta pemilik rumah juga sudah berbincang berhubung insiden terbabit.
Katanya, pemandu lori bersetuju membayar RM1,000. sebagai pampasan.
“Saya difahamkan lori berkenaan terbabas dan merempuh rumah penduduk tersebut susulan pemandunya terlupa menarik brek tangan semasa turun untuk mengambil barang. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Susulan insiden ini, sebuah jentera berat (JCB) digunakan untuk menarik lori tersebut. Kita harap supaya insiden seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya ketika ditemui, dekat sini.
No comments:
Post a Comment