Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Lima rumah teres musnah


Kuantan: Lima unit rumah teres kos rendah di Taman Mewah, Kuala Krau, dekat Temerloh, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 12.36 tengah malam tadi.

“Sembilan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh ke lokasi kejadian dan 24 anggota Bomba sukarela dari Kuala Krau turut membantu memadamkan api.

“Kebakaran dikawal pada 1.42 pagi. Padam sepenuhnya kira-kira 4.01 pagi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Beliau berkata, kesemua penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 8:30 PM
DISYORKAN

No comments:

Post a Comment