Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Lima maut, seorang parah di jalan JB-Mersing


MASTURAH SURADI
24 Oktober 2014

KOTA TINGGI - Lima maut manakala seorang lagi mengalami cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 61.2 jalan Johor Bahru-Mersing kira-kira jam 10.40 malam tadi.

Mangsa yang maut , Rosmah Muda, 28; Fatimah Muda, 24; Mohamad Fayad Abdul Rahman, 21; Mohamad Shafie Pechek, 21, dan Mohd Nizam Hassan, 29.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superindentan Low Hang Seng ketika mengesahkan kejadian berkata, kemalangaan dipercayai berlaku apabila Proton Wira dari arah Kota Tinggi yang menghala ke arah Mersing  telah berlanggar dengan Perodua Kenari yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, akibat kemalangan itu telah menyebabkan pemandu dan penumpang  depan Perodua Kenari dan penumpang depan Proton Wira telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala.

Manakala pemandu dan penumpang belakang Proton Wira pula meninggal di hospital.

"Seorang lagi penumpang belakang Perodua Kenari, Nur Shafiqah Muda,14 yang mengalami cedera parah dibahagian kepala dan masih dirawat.

"Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat.

"Hasil siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan  jalan lurus menuruni bukit menghala ke Mersing yang mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi laluan.

"Tempat kejadian gelap kerana tiada lampu jalan manakala keadaan kiri dan kanan juga gelap kerana diliputi kawasan kelapa sawit dan hutan," katanya.

Tambahnya lagi kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

No comments:

Post a Comment