Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Lima jari lebur


Kuantan: “Saya hampir pitam apabila melihat Mohamed Haziq Syahmi Saharnizam, 9, berlari ke arah saya dengan tangan kirinya terkulai hingga menampakkan tulang, manakala jarinya sudah tiada,” kata Zaitun Ismail, 39, ibu murid tahun tiga yang hancur pergelangan tangan kirinya akibat bermain mercun di Keratong 1, Muadzam Shah, Rompin, kelmarin.
Zaitun berkata, kejadian jam 12 tengah hari itu berlaku apabila anak keempat daripada lima beradik terbabit menemui mercun bola di luar rumah dan mengambilnya untuk bermain bersama adiknya berusia lima tahun di dalam rumah. 
Menceritakan detik cemas itu, Zaitun yang ketika kejadian berada di dapur menyediakan makanan tengah hari, terkejut apabila mendengar letupan seperti bom sebelum Mohamed Haziq Syahmi berlari ke arahnya dengan tangan kiri terkulai. 

“Saya memanggil bapa untuk membantu dan membalut luka itu sebelum menghantarnya ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Muadzam Shah untuk rawatan susulan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam.
Foto
MOHAMED Haziq Syahmi di Wad Kanak-Kanak HTAA.

Ibu kepada lima anak itu berkata, Mohamed Haziq Syahmi yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Keratong 1 kemudian dirujuk ke HTAA untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan dialaminya parah.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

No comments:

Post a Comment