Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Letupan bom di stesen bas Pakistan ragut 3 nyawa

SABTU, 4 OKTOBER 2014 @ 4:24 PM

 
PESHAWAR, Pakistan: Sekurang-kurangnya tiga maut susulan kejadian letupan bom di sebuah stesen bas di barat laut Pakistan, hari ini.

Pegawai kanan polis Ishtiaq Marwat berkata, serangan awal pagi di bandar barat laut Kohat itu juga mencederakan empat orang.

Beliau berkata, serangan bom itu menyasarkan sebuah bas yang sedang bergerak apabila beratus-ratus penumpang sedang menunggu untuk meninggalkan bandar itu bagi meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha.

Rakaman daripada stesen televisyen tempatan menunjukkan, sebuah bas musnah dalam kejadian itu.



Bagaimanapun, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Kohat terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Peshawar, ibu kota wilayah Khyber-Pakhtunkhwa. - AP

No comments:

Post a Comment