Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Lepas geram pada mesin ATM

WANITA yang tidak dikenali melihat kerosakan mesin ATM yang ‘diserangnya.’
Guangzhou, China: Seorang wanita menimbulkan huru-hara di sebuah kompleks beli-belah di Dongguan, Guangdong hanya kerana dia gagal membuat pengeluaran wang daripada mesin juruwang automatik, lapor media, semalam.
Walaupun tanpa menggunakan sebarang alat bantuan, wanita terbabit merosakkan mesin itu dalam beberapa minit saja.
Aksi ekstrem itu menarik perhatian ramai termasuk pegawai keselamatan yang berkumpul memerhatikan gelagat wanita terbabit.
Sesetengah daripada mereka malah mengambil gembar insiden itu.
Kejadian berkenaan turut disaksikan sekurang-kurangnya tiga pengawal, namun tiada seorang pun antara mereka cuba menghentikan tindakan wanita itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:06 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3544#sthash.J8IIElER.dpuf

No comments:

Post a Comment