Lelaki warga Nepal yang ditemui lemas di sebuah lombong di Keramat Pulai, kelmarin
Lelaki warga Nepal yang ditemui lemas di sebuah lombong di Keramat Pulai, kelmarin
IPOH - Seorang lelaki warga asing ditemui lemas di lombong berhampiran sebuah kilang di Keramat Pulai di sini petang kelmarin.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Khemraj, 30, dipercayai warga Nepal dan didakwa mandi di lombong itu ketika kejadian berlaku.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai Rozmi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.16 petang.
Menurutnya, sejerus mendapat panggilan, sepasukan anggota dari BBP Simpang Pulai bergegas ke tempat kejadian.
“Ketika tiba di tempat kejadian kami mendapati seorang lelaki warga asing telah jatuh ke dalam lombong berkenaan.
“Berikutan itu, kami menggunakan peralatan gripping iron untuk mengambil mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat jam 6.35 petang dan mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.