Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Lelaki ditemui lemas dipercayai terjatuh ketika memancing

SABTU, 4 OKTOBER 2014 @ 3:43 PM

 
KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemui mati lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan ketika memancing di Kampung Gajah Mati di sini, hari ini.

Mayat Mohd Sanusi Mohamad, 46, ditemui di tebing sungai dalam keadaan terapung kira-kira 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata mangsa dipercayai mati lemas, tetapi punca sebenar kematian masih disiasat.

Isteri mangsa, Faridah Momad, 47, memberitahu Bernama kali terakhir beliau melihat suaminya ialah Khamis lalu.



"Dia keluar rumah lepas maghrib. Memang dia akan keluar memancing setiap malam, itu aktiviti hariannya," katanya.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment