Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Lelaki ditahan reman seminggu bantu siasatan kes bunuh wanita

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki ditahan reman seminggu bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat dekat Juru di sini kelmarin.
Suspek berusia 43 tahun itu yang ditahan kira-kira jam 4.45 petang semalam di Bandar Baharu Kulim itu, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapatkan perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret Nurzafirah Mohamed Ali kira-kira jam 3 petang tadi.
Dalam kejadian kelmarin, mangsa yang hanya dikenali sebagai Intan berusia lewat 20-an dipercayai dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tok Keramat di sini.
Mayat mangsa kemudian dibakar dan ditanam di kawasan berdekatan, ditemui awal pagi kelmarin.
Difahamkan pasukan forensik polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian kira- kira jam 2 pagi turut menemui tulang dan gigi dipercayai milik mangsa.
Difahamkan wanita malang yang juga pengusaha kedai runcit itu datang ke rumah lelaki berkenaan pada Isnin lalu untuk bertemu suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, ketika dihubungi, mengesahkan perintah reman terhadap suspek.
"Suspek direman bermula hari ini hingga 8 Oktober ini bagi membantu siasatan, " katanya.

No comments:

Post a Comment