Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Lapan terkorban dalam Taufan Hudhud


VISAKHAPATNAM, India 13 Okt - Seramai lapan orang terkorban apabila Taufan Hudhud membadai kawasan darat di timur India hari ini.
Pegawai anggota penyelamat berkata, taufan yang melanda menyebabkan kerosakan teruk berlaku namun jumlah kematian setakat ini terbatas kerana berpuluh ribu penduduk di kawasan bencana terlebih dahulu dibawa ke pusat perlindungan untuk diselamatkan.
Tiupan angin kencang dengan kelajuan 195 kilometer sejam yang dibawa Taufan Hudhud menghempas kawasan perairan Andhra Pradesh dan Odisha sejak semalam sekali gus mengorbankan lapan orang dan menyebabkan kemusnahan yang meluas. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141014/lu_02/Lapan-terkorban-dalam-Taufan-Hudhud#ixzz3G4TgXVyl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment