Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Lagi rokok seludup dirampas

Oleh Junaidi Ladjana

junaidi_ladjana@hmetro.cin.my
Sipitang: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah menggagalkan cubaan menyeludup rokok yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta dalam serbuan di Kuala Sungai Marintamin, dekat sini, 8.15 malam tadi.
Anggota APMM turut merampas lori tujuh tan dipercayai digunakan untuk membawa rokok seludup berkenaan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affendi Wan Ahmad berkata, dalam kejadian tiada tangkapan dilakukan selepas semua suspek meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran anggota APMM.
"Jumlah Anggaran rampasan termasuk cukai iaiti RM1.4 juta. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan dirujuk kepada kastam untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang awam supaya menghubungi pihak berkuasa sekirannya mempunyai maklumat membabitkan kes penyeludupan di negeri ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 4:50 PM


ANGGOTA APMM Sabah menunjukkan rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta dalam serbuan di Kuala Sungai Marintamin, Sipitang, malam tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4073#sthash.FYU59Sue.dpuf

No comments:

Post a Comment