Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Lagi pegawai kastam didakwa



ANGGOTA polis mengiringi Geim Leong (bertutup muka) ketika dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa me­nerima rasuah manakala seorang ahli pernigaan didakwa bersubahat me­lakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen berasingan di sini semalam bagi melepaskan barang seludup yang tidak diisytiharkan cukai.
Penguasa Kanan JKDM Bagan Dalam, Pulau Pinang, R. Thevakumar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin.

THEVAKUMAR (bertutup muka) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan bersubahat menerima rasuah.


Mengikut pertuduhan, Thevakumar didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1,000 melalui akaun Maybank miliknya untuk diri sendiri dengan tiada balasan daripada seorang warganegara Malaysia di Malayan Banking Berhad, Jalan Manis Enam, Taman Segar, Cheras di sini pada pukul 3.55 petang, 14 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3F7gGkecb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment