Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Lagi jangkitan wabak Ebola di Amerika


TEXAS 13 Okt. - Seorang pekerja kesihatan di sini, menjadi mangsa pertama jangkitan wabak berbahaya, Ebola di Amerika Syarikat (AS) selepas dia dilapor merawat seorang lelaki di Hospital Kesihatan Presbyterian Texas di Dallas, yang mati akibat wabak berkenaan pada minggu lalu.
Ketua Pegawai Klinikal Sumber Kesihatan Texas, Dan Varga berkata, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu, telah mengambil langkah-langkah yang perlu ketika merawat Thomas Eric Duncan termasuk memakai sut perlindungan, sarung tangan dan topeng muka.
Jelas Varga, wanita itu kini dikuarantin dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Duncan yang meninggal dunia pada Rabu lalu dijangkiti Ebola ketika berada di Liberia sebelum berlepas ke Texas untuk mengunjungi keluarganya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141014/lu_09/Lagi-jangkitan-wabak-Ebola-di-Amerika#ixzz3G4Ub6Gz5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment