Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Ketua ekspedisi memancing mati lemas



Inilah rakit buluh dinaiki peserta ekspedisi memancing sebelum ketuanya mati lemas di Sungai Ladang Aring 10 berhampiran Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Keseronokan 10 orang ahli Pertubuhan Bentara Sakti Kuala Lumpur yang menyertai ekspedisi memancing bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dan seorang lagi masih hilang selepas di­hanyutkan arus di Sungai Ladang Aring 10, berhampiran Taman Negara Kuala Koh di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada 9.20 malam itu, Ketua Ekspedi­sinya, Mohd. Nor Abdul Rahman, 47, dan pesertanya, Nasrul Hafis Shahrudin, 29, terjatuh kira-kira 15 meter dari kawasan perkhemahan selepas rakit buluh yang mereka naiki berpusing selepas terlanggar batu sungai.
Sungai Ladang Aring terkenal dalam kalangan pemancing sebagai lubuk pelbagai spesies ikan air tawar terutama kelah, lampam jawa, toman, baung dan udang galah.
Peserta ekspedisi, Anuar Ali, 36, menceritakan, dia yang turut hanyut bersama dua rakannya itu terselamat apabila tersangkut pada bongkah batu kira-kira 30 meter dari kawasan kejadian.
“Kejadian bermula apabila rakit buluh milik Orang Asli yang dipinjamkan kepada kami terlanggar dan tersangkut pada batu sungai menyebabkan rakit itu berpusing dan Mohd. Nor terjatuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3HC62z72c 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment