MOHD. NASIR SAID hadir untuk sebutan kes rasuah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.
Hakim Mohd. Nasir Nordin memutuskan demikian setelah membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Husmaruddin Husin semasa sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Beliau turut membenarkan permohonan Husmaruddin untuk sebutan semula kes di mahkamah berkenaan pada 30 Oktober ini.
Sementara itu, Husmaruddin ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu, kes tersebut adalah yang terakhir daripada semua kes rasuah kastam yang didakwa di mahkamah di sini baru-baru ini, yang dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
“Semua kes yang telah didakwa di mahkamah Kuala Lumpur telah dipindahkan ke mahkamah Shah Alam, ini bermakna kesemua sebutan kes yang melibatkan 33 tertuduh akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad pada 30 Oktober ini,’’ katanya.
Beliau memberi alasan kes itu dipindahkan ke mahkamah tersebut kerana melibatkan saksi-saksi yang sama dan pertuduhan yang hampir sama.
Pada 19 September lalu, Mohd. Nasir, 58, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atau menggunakan pe­ngaruhnya agar tindakan tidak diambil terhadap kedua-dua individu atau syarikat yang mereka berkepentingan bagi kesalahan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Dia yang ketika itu Pengarah Kastam Melaka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pasar Raya Tesco Taman Midah, Cheras di sini pada Oktober 2012 dan antara Januari dan Julai lalu.
Mohd. Nasir menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.