Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 1:05 PM
Wanita berusia 39 tahun itu yang hanya mahu dikenali Chong, pada Isnin berkata dia terkejut dengan perkembangan itu dan berkata pejabat tanah juga tidak dapat memberikannya jawapan yang sebenar.
"Saya juga membuat laporan polis berkaitan perkara itu dan seorang lagi yang dikatakan sebagai pemilik juga telah melakukan perkara yang sama.
"Saya terkejut apabila mendapati dia mempunyai geran hak milik tanah yang asal untuk bahagian tanah yang sama," katanya sambil menambah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengesyaki terdapat unsur rasuah.
No comments:
Post a Comment