Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Kenal pasti individu bukan Islam


Kuala Lumpur: Individu bukan Islam yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung penyebaran ajaran Millah Abraham di negara ini sudah dikenal pasti, namun ‘status’ individu terbabit dalam ajaran berkenaan masih disiasat.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Paimuzi Yahya berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu itu, namun tidak pasti status jawatannya dalam ajaran itu sama ada orang kanan kepada ‘Nabi Baru’ atau sebaliknya.
“Kami sudah kenal pasti individu ini, kita tahu siapa dia, namun pangkatnya dalam ajaran songsang ini masih disiasat. Kita tidak pasti sama ada dia orang kanan atau sebaliknya.
“Berdasarkan maklumat yang kita ada, individu ini bukan Islam dan kita sudah berjaya mendapatkan surat perintah untuk hadir ke jabatan bagi membantu siasatan berkaitan ajaran itu,” katanya.
Ia susulan tangkapan 22 individu termasuk lima wanita dan tujuh kanak-kanak dalam satu operasi khas dikenali ‘Ops Millah’ di sebuah premis, Jalan Cheras, Isnin lalu.
Serbuan itu juga turut merampas dua naskhah al-Kitab dan al-Kitab versi kanak-kanak, al-Quran dan terjemahan serta buku nota serta peralatan komputer ketika semua mereka sedang mendengar ceramah dalam sebuah kelas, dikendalikan seorang lelaki berusia 40-an.
Mengulas berhubung tangkapan itu, Paimuzi berkata, sebutan kes itu akan dilakukan pada November depan dan kini, pihaknya sedang menyiapkan kertas pendakwaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:14 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3586#sthash.ScLM58jW.dpuf

No comments:

Post a Comment