Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Kemalangan bas, 30 maut di Mesir


KAHERAH 14 Okt. - Seramai 30 orang maut dalam satu kemalangan membabit tiga buah bas di selatan Mesir awal pagi semalam.
Sumber keselamatan berkata, lebih 12 orang cedera apabila dua buah bas bertembung di sebatang lebuh raya di padang pasir di pinggir bandar Edfu, di utara Aswan.
Katanya lagi, kedua buah bas itu turut dirempuh sebuah bas lain yang tiba dilokasi berkenaan beberapa minit selepas itu.
Terdahulu, beratus orang mati dan beribu-ribu yang lain cedera setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di Mesir yang kebiasaannya disebabkan kelalaian pemandu dan keadaan jalan yang teruk. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141014/lu_03/Kemalangan-bas-30-maut-di-Mesir#ixzz3G4TRjFIE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment