Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Kebas sekali pita CCTV


Segamat: Pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut dilarikan dalam kejadian pecah masuk sebuah stesen minyak di Jalan Tenang Station di Labis, dekat sini, pagi semalam.
Selain itu, beberapa kotak minuman dan wang tunai turut lesap.
Pekerja stesen minyak berkenaan, Norsiati Talib, 51, berkata, sebelum pulang kerja kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, dia sudah memastikan premis berkenaan dalam keadaan berkunci rapi.

“Kira-kira jam 6.30 pagi apabila tiba di tempat kerja, saya terkejut apabila mendapati segala peralatan di dalam pejabat berselerak dan ketika cuba meneliti skrin empat kamera CCTV didapati tidak mempunyai sebarang rakaman kerana pitanya sudah hilang,” katanya.
Foto
NORSIATI menunjukkan laluan pencuri dipercayai melarikan diri.

Menurutnya, dia juga mendapati ada tangga mudah alih di pejabat, beberapa kotak minuman kosong dan juga laci yang menyimpan wang tunai turut terbuka.

Katanya, dia percaya pencuri menggunakan tangga berkenaan untuk keluar dari premis melalui siling.

“Saya percaya pencuri melarikan diri dengan memanjat siling dan masuk ke premis pula menerusi belakang bangunan pejabat.

“Jumlah kerugian dialami dianggarkan RM2,000,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya supaya dapat menghubungi pihaknya.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9312222, 07-9324222 atau Balai Polis Tenang Station, 07-9279222.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment