Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Kanak-kanak enam tahun hilang ketika berkelah di Port Dickson



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Port Dickson menjalankan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak yang hilang di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. - Foto Rozainah Abdul Rahim
PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, hilang ketika berkelah bersama keluarganya di Pantai Bagan Pinang dekat sini, petang tadi.
Bapa mangsa, S Ganesan, 35, berkata dia menyedari anaknya, G Shasikumar hilang pada jam 5.30 petang iaitu ketika dia dan ahli keluarga yang lain selesai mandi laut.
Beliau yang datang dari Cheras, Selangor, berkata anaknya tidak menyertai dia serta ahli keluarga lain mandi kerana takut air dan hanya menunggu di kawasan pantai.
"Selepas naik dari laut, saya menyertai hampir 20 ahli keluarga dan saudara makan. Tiba-tiba saya mendapati anak hilang dan gagal menemuinya walaupun sudah mencari di kawasan sekitar," katanya di sini tadi.
Ganesan berkata, pakaian terakhir anaknya yang mempunyai ketinggian 0.9 meter adalah baju berwarna biru dan berseluar pendek hitam.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mustafa Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.12 petang dan tiba di lokasi pada jam 7.32 petang.
Katanya, satu jentera bersama tujuh pegawai dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

No comments:

Post a Comment