Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Jururawat Ebola ancam mogok


GAMBAR menunjukkan seorang wanita meratap kematian adiknya ketika pasukan khas Ebola membawa mayatnya untuk dibakar di Monrovia, Liberia. 
Monrovia: Pihak berkuasa Liberia merayu pembantu perubatan serta jururawat supaya datang bekerja hari ini seterusnya tidak mengikut emosi disebabkan perbalahan mengenai bayaran tambahan untuk menjaga pesakit Ebola.
Ini berikutan kumpulan berkenaan mengugut mengadakan mogok berhubung isu itu yang mampu menimbulkan pelbagai kesukaran dalam usaha menangani penularan wabak itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan lebih 2,300 kematian akibat penyakit itu - jumlah tertinggi dalam kalangan semua negara yang menjadi mangsa Ebola.
Presiden Ellen Johnson Sirleaf melawat unit rawatan Ebola di sekitar Monrovia kelmarin dan meminta pekerja kesihatan melaksanakan tugas mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Tolbert Nyenswah.
"Kami merayu budi baik mereka kerana pesakit Ebola yang akan menjadi mangsa jika mereka mogok," kata Nyenswah.
Anggota Persatuan Pekerja Kesihatan Kebangsaan sebelum menuntut bayaran AS$700 (RM2,300) sebagai tambahan kepada gaji bulanan AS$200 hingga AS$300 (RM641 hingga RM977) untuk menjaga pesakit yang menghidap Ebola. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1437#sthash.ZRNZTNKp.dpuf

No comments:

Post a Comment