Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Jumpa mayat lelaki dalam lori


NUR FARHANA ABDUL MANAN
18 Oktober 2014

 Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui dalam sebuah lori di Puchong Prima, pagi semalam
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui dalam sebuah lori di Puchong Prima, pagi semalam Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui dalam sebuah lori di Puchong Prima, pagi semalam

PUCHONG – Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah pusat cucian kereta di Taman Puchong Prima dekat sini terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah lori di tepi premis tersebut.

Pekerja kedai cuci kereta yang enggan dikenali berkata, dia terhidu bau busuk sebelum terlihat kaki manusia terjuntai keluar di pintu lori terbabit.

Mengesyaki sesuatu yang buruk, dia kemudian menghubungi talian kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan, polis menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring, sudah berulat dan dihurung lalat dipercayai mati lebih tiga hari lalu.

Mangsa, seorang warga India dipercayai pekerja pusat cucian kenderaan terbabit dikenali dengan nama Ananthan berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.10 pagi memaklumkan penemuan tersebut.

“Mangsa ditemui terbaring di tempat duduk belakang lori. Hasil maklumat mangsa tidak pernah mengadu sakit sebelum ini namun seorang kaki mabuk,” katanya.

Beliau berkata, majikan mangsa memberitahu kali terakhir dia ke tempat kerja Isnin lalu untuk mengambil gaji dan tidak hadir kerja sehingga mayatnya ditemui semalam.

“Mangsa tidak bermusuhan dengan sesiapa, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut kerana tiada kecederaan ditemui pada anggota badan si mati,” katanya.

Beliau berkata, lori jenis Nissan di mana mayat mangsa ditemui sudah tiga tahun tersadai di tepi pusat cucian kereta itu kerana rosak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment