Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Jual harta lari ke negara jiran


Kuala Lumpur: Beberapa individu dipercayai pengikut ajaran sesat, Millah Abraham dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran selepas pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan selepas beberapa siri pembongkaran ajaran songsang itu dibuat akhbar ini.
Individu berkenaan yang juga mempunyai talian persaudaraan dikatakan sudah menjual beberapa aset milik mereka antaranya rumah serta kereta dan hasil penjualan itu digunakan untuk kehidupan mereka di negara berkenaan.
Seorang ahli keluarga mereka yang enggan dikenali memaklumkan bahawa ibu saudaranya yang juga pengikut ajaran itu sudah menjual kereta miliknya dan berdasarkan maklumat, wanita itu dipercayai akan terus menetap di negara berkenaan.
“Minggu lalu, saya dimaklumkan bahawa ibu saudara sudah mengiklankan penjualan kereta miliknya dan difahamkan dia bersama dua lagi adik beradik kami yang mengikut ajaran itu sudah bersedia untuk berpindah ke sana.
“Wanita itu juga mendesak kakak sulung saya untuk membeli keretanya dan selepas ditanya, ibu saudara menyatakan bahawa dia bersama adiknya yang lain bertekad untuk berpindah ke negara jiran selepas bimbang dengan tindakan penguatkuasaan yang diambil pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Sumber keluarga berkenaan turut memaklumkan bahawa mereka bimbang dengan tindakan penguatkuasaan termasuk beberapa pembongkaran yang dilakukan Harian Metro dan nekad untuk melarikan diri ke negara jiran.
Katanya, ibu saudaranya ersedia untuk menyertai kumpulan besar ajaran itu di negara berkenaan dan tidak berhajat kembali ke Malaysia berikutan keadaan yang dirasakan ‘tidak selamat’ untuk mereka.
Perkara itu turut disahkan oleh bapa kepada wanita berkenaan dikenali Azim, 69, yang menyatakan bahawa lima orang anaknya termasuk tiga cucunya sudah berada di negara berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:14 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3587#sthash.dahPrdaU.dpuf

No comments:

Post a Comment