Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Jual haiwan liar guna Facebook


RAHIM (tengah) menunjukkan hidupan liar seperti beruang matahari dan burung jampok kubur yang dirampas daripada dua beradik yang menjualnya di laman Facebook di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kegilaan rakyat Malaysia terhadap haiwan liar untuk dijadikan ubat penguat tenaga syahwat, memanjangkan umur atau sebagai haiwan peliharaan menyebabkan binatang eksotik itu kini dijual secara terbuka oleh penyeludup dan sindiket.
Dalam tangkapan terbaharu Jumaat lalu, Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya membongkar tindakan berani dua beradik yang menggunakan laman Facebook sebagai modus operandi untuk menjual pelbagai jenis hidupan liar.
Dalam tangkapan di Plaza Tol Ayer Hitam, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), dekat sini Jumaat lalu, Perhilitan me­nemui seekor beruang matahari, musang pandan dan empat ekor burung jampok kubur di dalam kenderaan dua beradik itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3G4bbpJSJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment