Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Jerat makan tuan



am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis berusia 20 tahun yang mendakwa diculik kerana membuat laporan palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, siasatan dijalankan mendapati dakwaan penuntut sebuah politeknik di Johor itu tidak berasas sama sekali dan mereka cerita dia diculik bersama tujuh kanak-kanak untuk dilarikan ke Thailand.

Katanya, gadis itu berdepan tekanan pelajaran apabila gagal menyiapkan tugasan diberikan pensyarah menyebabkan dia mengambil tindakan itu.

Beliau berkata, gadis itu sebenarnya menaiki bas dari Johor Bahru dan turun di bandar Dungun sebelum menghubungi ibunya memaklumkan dia diculik.

Katanya, atas desakan ibunya dia membuat laporan di Balai Polis Dungun.

Wan Abd Aziz berkata, gadis berasal dari Ampang, Selangor itu dibebaskan dengan jaminan polis dan akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:41 PM


GADIS yang didakwa membuat laporan palsu. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2903#sthash.uf6I3EIp.dpuf

No comments:

Post a Comment