Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Jel 5 bulan curi wang syiling RM63


Oleh Mohd Hilmie Hussin
Melaka: Seorang penganggur dijatuhi hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memecah masuk dan mencuri wang syiling di sebuah warung, Selasa lalu.

M Selvakumar, 28, dari Bachang, di sini membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.


Berdasarkan pertuduhan, Selvakumar didapati melakukan pecah masuk dan curi wang syiling bernilai RM63 milik Asnah Robiah Sabtu, 52.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di warung berkenaan di tepi Jalan Berkat 10, Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malim Jaya, di sini, jam 3.20 pagi pada 30 September 2014.


Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana tidak mempunyai pekerjaan dan hidup sebatang kara.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment