Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Jejak kereta biru


Kuala Lumpur: Pihak polis kini sedang memburu dan menjejaki sebuah kereta model Proton BLM berwarna biru yang disyaki digunakan penjenayah ‘Geng Latino’ ketika menggodam dan melarikan wang RM3 juta dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejak Jumaat lalu.
Kereta itu sebelum ini dikesan pasukan polis penyiasat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hasil pemeriksaan dilakukan di 18 lokasi mesin ATM yang jadikan sasaran penjenayah. 
Sumber polis berkata, kereta itu dipercayai dinaiki empat lelaki Amerika Latin dan kali terakhir dilihat berhenti di Kawasan Rawat dan Rehat Pagoh, Lebuh Raya Utara Selatan sebelum ini. 

Menurutnya, pihak polis setiap daerah sudah diberikan maklumat dan diminta mengambil tindakan sekiranya terserempak dengan kereta yang menggunakan nombor pendaftaran Johor itu.
Foto

Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menggerakkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dalam usaha mengesan jejak kumpulan penjenayah warga Amerika Latin terbabit selepas dipercayai melarikan diri ke selatan tanah air.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment