Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Jejak dua suspek dalam imej CCTV


Kuala Lumpur: Polis memburu dua lelaki berusia 40-an yang dipercayai suspek utama kes letupan bom tangan di Bukit Bintang di sini, 9 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, dua lelaki itu dikesan berdasarkan imej kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh polis.
“Imej dua suspek terbabit diperoleh di kawasan meletakkan kenderaan berhampiran lokasi kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.
Tajudin berkata pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menganalisis imej itu termasuk mendapatkan bantuan daripada agensi lain untuk membantu mengenal pasti suspek.
Beliau berkata, imej suspek akan diedarkan kepada media dalam jangka masa terdekat bagi membolehkan orang ramai turut membantu dalam usaha mengesan suspek terbabit.
Menurutnya, selain penemuan imej dua suspek itu, pihaknya berusaha mengesan pengunjung pusat hiburan di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.
Mengulas mengenai penahanan lima lelaki kelmarin, Tajudin berkata empat daripada suspek yang ditahan adalah pengawal peribadi kepada pemilik bersama sebuah pub di lokasi kejadian.
“Kelima-lima mereka kini ditahan reman sehingga Isnin depan,” katanya.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, seorang joki kereta maut manakala 12 yang lain cedera selepas satu bom tangan yang dibaling daripada tingkat dua sebuah kompleks meletup.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:15 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2643#sthash.UFK78ObS.dpuf

No comments:

Post a Comment