Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Interpol bantu buru penggodam mesin ATM





KUALA LUMPUR – Polis Malaysia bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengumpul maklumat mengenai kegiatan jenayah yang dilakukan sekumpulan lelaki warga Amerika Latin yang dipercayai terlibat menggodam 18 buah mesin juruwang automatik (ATM) milik empat buah bank di Lembah Klang, Melaka dan Johor membabitkan kerugian mencecah RM3.3 juta baru-baru ini.
Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, maklumat itu akan digunakan oleh pasukan khas Ops Albatross yang ditubuhkan terutama bagi memahami kaedah yang dilakukan sindiket terbabit ketika melakukan jenayah ber­kenaan.
“Ketika ini pasukan khas terbabit juga sedang melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan individu yang melakukan jenayah ini tidak terlepas. Kita percaya mereka masih berada di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3F2IComj4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment